Thursday, April 29, 2010

Guna Jambu Pun Boleh (Petua Kempis Perut)

Petua Kempis Perut


Salam semua,

Sejak kebelakangan ini saya mula risau sebab rasanya perut ku makin menambahkan muncungnya ke depan. Yang peliknya, berat badan masih maintain, tapi perut lak mcm nak menjunam ke hadapan. Adakah ini satu petanda, bila kepala makin botak, perut makin muncung…adakah saya akan menjadi orang kaya tak lama lagi? Hahah.ahah..

Sekarang ni saya mula exercise perut cara moden, guna alat pengempis perut OTO BodyCare. Tak tahulah sejauh mana keberkesanannya, sebab setakat ini saya tak pernah lagi guna secara konsisten. Dah bertahun beli alat ni, tapi gunanya jarang-jarang. InsyaAllah, mulai dari ahad lepas, saya guna alat tu setiap hari, di samping bersenam selama 30 minit dengan menggunakan Ogawa Body Shape. Kalau tak kurus lagi…tak tahu lah..(eh..aku ni gemuk sangat ke?..hahaha.hah)

Ok, hari ni saya nak berkongsi cara tradisional untuk kempiskan perut. Kalau sesiapa yang boleh buat dengan konsisten, saya yakin perut anda semua akan kempis macam perut Ziana Zain…Jennifer Lopez and so yang menjadi idaman anda…

Baca Selanjutnya...Yang pertama, ambil segenggam pucuk jambu batu lalu dicuci bersih. kemudia tumbuk lumat, campurkan sedikit kapur sireh..sapukan pada perut ketika ingin tido..balut dengan kain untuk elakan dari terkena pakaian..lakukan setiap malam

Kalau tak nak buat yang tertama, buat yang ni, Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. perhatian untuk perempuan, kalau tak kempis juga, baik periksa..kot-kot mengandung ke..hahah.

Ok, setakat ini dulu perkongsian saya dengan anda pada hari ini.

Artikel asal di: http://www.ahmadhumaizi.com


Petua Kempis Perut


6 Petua Mengempiskan Perut dan Melangsingkan Badan (Petua Kempis Perut)

Petua Kempis Perut


Hello dan selamat tengahari kepada anda semua.

Tengah hari ni saya nak postkan tips mengempiskan perut. Pada mereka yang baru bersalin waktu berpantang adalah waktu terbaik untuk mengempiskan perut. Pakai saja bengkung bersalin tu sehingga 44 hari. Juga hanya tanggal waktu nak mandi sahaja. Selepas mandi pakai bengkung semula.

Cara ini lebih berkesan kerana jika kita tidak memakai bengkung, kita mempunyai potensi untuk makan lebih dari yang patut. Ada juga yang memakai bengkung di sebelah pagi tetapi menanggalkannya di waktu petang dan berlarutan sehingga malam. Cara ini kurang efektif kerana kita tidak bersungguh-sungguh dan sudah tentu kita tidak boleh merungut jika sehabis pantang perut kita masih menggeleber!

Baiklah jom kita lihat satu persatu petua yang saya kumpul dari sebuah majalah dan buku petua. Mudah-mudahan hasilnya menggembirakan kita ya! Sangat mudah kerana bahan-bahan yang di gunakan adalah bahan yang murah malah boleh di pasar atau di tanam sendiri. Jadi kepada pembaca yang mahu mencuba petua-petua di bawah jangan lepaskan peluang.

Baca Selanjutnya1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Lansing dengan daun cekur.

-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml

-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Kepada pembaca yang ingin dan sedang mencuba petua ini nanti bagi tahulah kepada pembaca blog yang lain. Mungkin kejayaan anda akan menjadi inspirasi kepada mereka yang mungkin gagal dalam usaha mereka selama ini.

Selamat mengempiskan perut!

Kak Rahimah

Artikel asal di: http://petuasejagat.blogspot.com



Petua Kempis Perut

Kempiskan Perut Dengan Teh Limau (Petua Kempis Perut)

Petua Kempis Perut


Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempis perut ni.


perut yang kempis




1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.


Selamat Mencuba!


Petua Kempis Perut