Thursday, April 29, 2010

Guna Jambu Pun Boleh (Petua Kempis Perut)

Petua Kempis Perut


Salam semua,

Sejak kebelakangan ini saya mula risau sebab rasanya perut ku makin menambahkan muncungnya ke depan. Yang peliknya, berat badan masih maintain, tapi perut lak mcm nak menjunam ke hadapan. Adakah ini satu petanda, bila kepala makin botak, perut makin muncung…adakah saya akan menjadi orang kaya tak lama lagi? Hahah.ahah..

Sekarang ni saya mula exercise perut cara moden, guna alat pengempis perut OTO BodyCare. Tak tahulah sejauh mana keberkesanannya, sebab setakat ini saya tak pernah lagi guna secara konsisten. Dah bertahun beli alat ni, tapi gunanya jarang-jarang. InsyaAllah, mulai dari ahad lepas, saya guna alat tu setiap hari, di samping bersenam selama 30 minit dengan menggunakan Ogawa Body Shape. Kalau tak kurus lagi…tak tahu lah..(eh..aku ni gemuk sangat ke?..hahaha.hah)

Ok, hari ni saya nak berkongsi cara tradisional untuk kempiskan perut. Kalau sesiapa yang boleh buat dengan konsisten, saya yakin perut anda semua akan kempis macam perut Ziana Zain…Jennifer Lopez and so yang menjadi idaman anda…

Baca Selanjutnya...Yang pertama, ambil segenggam pucuk jambu batu lalu dicuci bersih. kemudia tumbuk lumat, campurkan sedikit kapur sireh..sapukan pada perut ketika ingin tido..balut dengan kain untuk elakan dari terkena pakaian..lakukan setiap malam

Kalau tak nak buat yang tertama, buat yang ni, Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. perhatian untuk perempuan, kalau tak kempis juga, baik periksa..kot-kot mengandung ke..hahah.

Ok, setakat ini dulu perkongsian saya dengan anda pada hari ini.

Artikel asal di: http://www.ahmadhumaizi.com


Petua Kempis Perut